Merujuk kepada Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2024 (“Peraturan”) yang berkuat kuasa pada 25 Disember 2024. Tempoh penangguhan selama enam (6) bulan selepas kuat kuasa Peraturan ini akan berakhir pada 24 Jun 2025.
Sehubungan itu, pembekal pasar dalam talian hendaklah, menzahirkan maklumat berikut, selaras dengan peraturan 3:
-
- Nama;
- Alamat laman sesawang (jika ada);
- Alamat e-mel dan nombor telefon;
- Alamat tempat perdagangan atau pengiklanan;
- Perihal barang atau perkhidmatan;
- Harga penuh termasuk sebarang kos tersembunyi (penghantaran, cukai dan sebagainya);
- Kaedah pembayaran;
- Terma dan syarat jualan;
- Anggaran masa penghantaran; dan
- Perakuan bahawa barang atau perkhidmatan mengikuti standard keselamatan dan kesihatan seperti yang ditentukan oleh agensi berwibawa (jika ada).
Selaras dengan Peraturan 4, maklumat yang dizahirkan hendaklah dalam Bahasa Kebangsaan, dan penggunaan mana-mana bahasa lain adalah dibenarkan sebagai tambahan kepada Bahasa Kebangsaan. Peraturan penuh boleh diakses di pautan berikut.
Richard Wee Chambers bersedia untuk membantu mana-mana syarikat perdagangan elektronik atau individu yang memerlukan nasihat atau bimbingan dalam bidang undang-undang ini. Kami mengalu-alukan sebarang pertanyaan dan komited untuk memberikan penyelesaian undang-undang yang praktikal dan strategik.
Hubungi kami di [email protected].
Pos skrip:-
Penguatkuasaan telah ditangguhkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ke suatu tarikh yang bakal diumumkan.
21 Jun 2025, 9pm
