Ditulis oleh Richard Wee, Wong Zi Ying, Lim Zhi Ying dan Muhammad Anwar

 

Berdasarkan s 113 Akta Profesion Undang-undang 1976, Jawatankuasa Kos Peguamcara, yang dipengerusikan oleh Hakim Besar Malaya, Dato’ Mohamad Zabidin bin Mohd Diah telah meluluskan Perintah Saraan Peguamcara 2023 pada 4 Julai 2023, berkuat kuasa mulai 15 Julai 2023. Perintah itu memperuntukkan kenaikan kadar bagi bayaran skala untuk urusan harta tanah di Semenanjung Malaysia. Jadual di bawah menyenaraikan kadar yang ditetapkan dalam Perintah 2023.

Jadual Pertama — Jualan dan Pindahmilik 

Susunan A
    1. Bagi RM500,000 yang pertama: 1.25% (tertakluk kepada minimum sebanyak RM500);
    2. Bagi RM7,000,000 yang berikutnya: 1%; dan 
    3. Melebihi RM7,500,000 : Tertakluk kepada rundingan di atas lebihan tetapi tidak boleh melebihi 1% daripada lebihan itu.
Susunan B

Dalam hal apa-apa transaksi yang tertakluk kepada Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] atau apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta itu atau apa-apa perundangan berikutnya yang mengawal pemajuan perumahan, saraan peguam cara yang menjalankan dan menyempurnakan transaksi, sama ada bertindak bagi penjual atau pembeli, hendaklah seperti yang berikut:

  1. RM500, jika balasan RM50,000 atau kurang;
  2. 75% daripada fi berkenaan yang dinyatakan dalam Susunan A Jadual ini, jika balasan melebihi RM50,000 tetapi tidak melebihi RM250,000;
  3. 70% daripada fi berkenaan yang dinyatakan dalam Susunan A Jadual ini, jika balasan melebihi RM250,000 tetapi tidak melebihi RM500,000;
  4. 65% daripada fi berkenaan yang dinyatakan dalam Susunan A Jadual ini, jika balasan melebihi RM500,000 tetapi tidak melebihi RM1,000,000;
  5. 60% daripada fi berkenaan yang dinyatakan dalam Susunan A Jadual ini, jika balasan melebihi RM1,000,000.

Jadual Kedua Pajakan dan Penyewaan

Pajakan
    1. RM10,000 atau kurang: 60% daripada sewa bulanan (tertakluk kepada minimum sebanyak RM1,000);
    2. Melebihi RM10,000: Minimum sebanyak 30% daripada sewa bulanan tetapi tidak boleh melebihi 50% daripada sewa bulanan.
  1.  
  2. Penyewaan
  3.   
    1. RM10,000 atau kurang: 30% daripada sewa bulanan (tertakluk kepada minimum sebanyak RM500);
    2. Melebihi RM10,000: Minimum sebanyak 15% daripada sewa bulanan tetapi tidak boleh melebihi 25% daripada sewa bulanan.

Jadual Ketiga — Gadaian, Debentur dan Dokumen Cagaran atau Pembiayaan lain

Susunan A
  1. Bagi RM500,000 yang pertama: 1.25% (tertakluk kepada fi minimum sebanyak RM500);
  2. Bagi RM7,000,000 yang berikutnya: 1%;
  3. Melebihi RM7,500,000: Tertakluk kepada rundingan di atas lebihan tetapi tidak boleh melebihi 1% daripada lebihan itu;
  4. Bagi surat cara prinsipal : Skala fi penuh yang dinyatakan di atas;
  5. Bagi setiap surat cara subsidiari bagi maksud subseksyen 4(3) Akta Setem 1949 [Akta 378]: 10% daripada skala fi penuh yang dinyatakan di atas (tertakluk kepada fi minimum sebanyak RM500 dan fi maksimum sebanyak RM2,000).
Susunan B

Dalam hal apa-apa transaksi yang tertakluk kepada Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] atau apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta itu atau apa-apa pindaannya atau apa-apa perundangan berikutnya yang mengawal pemajuan perumahan, saraan peguam cara yang menjalankan dan menyempurnakan transaksi pembiayaan bagi mana-mana pihak kepada transaksi pembiayaan itu hendaklah seperti yang berikut:

  1. RM50,000 atau kurang: RM500;
  2. Melebihi RM50,000 tetapi tidak melebihi RM250,000: 75% daripada skala fi yang dinyatakan dalam Susunan A Jadual ini (tertakluk kepada minimum sebanyak RM500);
  3. Melebihi RM250,000 tetapi tidak melebihi RM500,000: 70% daripada fi berkenaan yang dinyatakan dalam Susunan A Jadual ini;
  4. Melebihi RM500,000 tetapi tidak melebihi RM1,000,000: 65% daripada fi berkenaan yang dinyatakan dalam Susunan A Jadual ini;
  5. Melebihi RM1,000,000: 50% daripada fi berkenaan yang dinyatakan dalam Susunan A Jadual ini;
  6. Setiap surat cara subsidiari bagi maksud subseksyen 4(3) Akta Setem 1949: 10% daripada skala fi penuh yang dinyatakan dalam Susunan A Jadual ini (tertakluk kepada fi minimum sebanyak RM500 dan fi maksimum sebanyak RM2,000).

Jadual Keempat — Pelepasan Gadaian dan Surat Ikatan Penyerahhakan Semula

Pelepasan Gadaian
  1. RM400 untuk hakmilik atau gadaian pertama;
  2. RM100 untuk setiap hakmilik atau gadaian tambahan dalam borang yang sama.

 

Surat Ikatan Penyerahkan Semula
  1. RM500 untuk harta pertama; 
  2. RM100 untuk setiap harta tambahan dalam surat ikatan yang sama;
  3. RM200 jika surat ikatan penyerahhakan semula termasuk pembatalan surat kuasa wakil.

 

Jadual Kelima — Menyediakan, memfailkan atau menyaksikan dokumen pelbagai

  1. Bagi menyaksikan penyempurnaan sesuatu dokumen – RM100 bagi salinan pertama dan RM50 bagi setiap salinan berikutnya;
  2. Bagi menyaksikan penyempurnaan sesuatu dokumen dan memberikan perakuan pengakusaksian – RM200 bagi salinan pertama dan RM100 bagi setiap salinan berikutnya;
  3. Borang di bawah seksyen 352 sehingga seksyen 364 Akta Syarikat 2016 [Akta 777]:
    • Borang CKHT 1A – RM500;
    • Borang CKHT 1A (bagi setiap pihak tambahan) – Tidak kurang daripada RM300;
    • Borang CKHT 2A – Tidak kurang daripada RM400;
    • Borang CKHT 2A (bagi setiap pihak tambahan) – Tidak kurang daripada RM300;
    • Borang CKHT 3 – Tidak kurang daripada RM200;
    • Borang CKHT 3 (bagi pihak tambahan) – Tidak kurang daripada RM200;
    • Borang CKHT 502 (bagi setiap penjual)  – Tidak kurang daripada RM250.
  4. Borang CP 600 (Borang pendaftaran nombor cukai pendapatan individu – LHDN) – RM500;
  5. Permohonan kepada Pihak Berkuasa Negeri atau Badan Berkanun untuk mendapatkan kebenaran bagi pindahmilik atau gadaian atau pajakan:
    • RM100,000 atau kurang: RM200 setiap permohonan;
    • Melebihi RM100,000 tetapi tidak melebihi RM1,000,000: RM500 setiap permohonan;
    • Melebihi RM1,000,000: RM3,000 setiap permohonan (tertakluk kepada RM500 sahaja bagi setiap permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi gadaian sahaja).
  6. Memfailkan apa-apa permohonan lain atau borang atau pemberitahuan dengan atau kepada pihak berkuasa berkenaan atau mana-mana pihak lain:
    • Notis mengenai jualan atau pindahmilik di bawah seksyen 160 Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] atau kepada mana-mana pihak lain : RM100 setiap borang atau pemberitahuan;
    • Penukaran nama tuan punya berdaftar di bawah seksyen 378 Kanun Tanah Negara [Akta 828], termasuk akuan berkanun yang perlu: RM300 setiap permohonan;
    • Penukaran alamat tuan punya tanah berdaftar yang dikehendaki di bawah seksyen 379 Kanun Tanah Negara:  RM300 setiap permohonan;
    • Permohonan bagi pendaftaran wakil diri di bawah seksyen 346 Kanun Tanah Negara: Tertakluk kepada peruntukan kaedah 1 Jadual Keenam, tetapi tidak kurang daripada RM500 bagi hakmilik pertama dan RM200 bagi setiap hakmilik berikutnya;
    • Permohonan bagi pendaftaran perintah perletakan hak statutori yang diberikan di bawah seksyen 415 Kanun Tanah Negara: Tertakluk kepada peruntukan kaedah 1 Jadual Keenam, tetapi tidak kurang daripada RM500 bagi hakmilik pertama dan RM200 bagi setiap hakmilik berikutnya;
    • Permohonan kepada Lembaga Tanah Ladang di bawah seksyen 214A Kanun Tanah Negara: Tertakluk kepada peruntukan kaedah 1 Jadual Keenam, tetapi tidak kurang daripada RM3,000 setiap permohonan;
    • Permohonan kepada Kementerian Ekonomi atau badan-badan kawal selia yang sama: Tertakluk kepada peruntukan kaedah 1 Jadual Keenam, tetapi tidak kurang daripada RM3,000 setiap permohonan.
  7. Memasukkan kaveat persendirian susulan daripada opsyen untuk membeli, perjanjian jual beli atau transaksi pembiayaan, termasuk akuan berkanun yang diperlukan – RM300 bagi hakmilik pertama dan RM100 bagi setiap hakmilik berikutnya;
  8. Penarikan kaveat persendirian – RM200 bagi hakmilik pertama dan RM100 bagi setiap hakmilik berikutnya;
  9. Memasukkan kaveat amanah, termasuk akuan berkanun yang diperlukan – RM500 bagi hakmilik pertama dan RM100 bagi setiap hakmilik berikutnya;
  10. Akuan berkanun – RM150 setiap dokumen;
  11. Bagi memperakukan sesuatu dokumen – Tidak melebihi RM100 bagi perakuan pertama dan tidak melebihi RM50 bagi setiap perakuannya berikutnya bagi dokumen yang sama;
  12. Mengeluarkan surat aku janji yang baharu oleh peguam cara pembeli kepada pembiaya atau peguam cara pembiaya – RM100 setiap surat.

Jadual Keenam

  1. Jika seorang peguam cara telah menjalankan sesuatu transaksi yang tiada dokumen hakmilik individu atau strata telah dikeluarkan ketika transaksi itu disempurnakan, jumlah saraan yang patut dan munasabah bagi peguam cara yang menyediakan dan menyempurnakan surat cara pindahmilik atau gadaian yang berikutnya – tidak boleh melebihi 25% daripada skala fi berkenaan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama atau Jadual Ketiga, tertakluk kepada fi minimum yang dinyatakan;
  2. Jika seorang peguam cara menjalankan apa-apa transaksi setelah pengeluaran dokumen hakmilik individu atau strata tetapi dia tidak menjalankan transaksi itu pada ketika transaksi itu disempurnakan sebelum pengeluaran dokumen hakmilik individu atau strata itu, saraan yang patut dan munasabah bagi peguam cara yang menyediakan dan menyempurnakan surat cara pindahmilik atau gadaian yang berikutnya – tidak boleh melebihi 50% daripada skala fi berkenaan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama atau Jadual Ketiga, tertakluk kepada fi minimum yang dinyatakan. 

 

Kesimpulannya, majoriti imbuhan yang terlibat dalam bidang pengurusan perpindahan hakmilik tanah telah meningkat selepas Perintah Saraan Peguam Cara 2023 diluluskan. Perintah 2023 menandakan satu langkah positif dalam menyokong profesion guaman dan memupuk persekitaran yang kondusif kepada firma guaman secara berterusan untuk berkembang maju, menyumbang kepada penyampaian perkhidmatan perundangan yang cekap dan berkesan terhadap pelanggan di Semenanjung Malaysia.

Diterbitkan pada 6 Oktober 2023

ALB MLA Law Awards 2021 Finalist Badge - Richard Wee Chambers

visit Us @ RWC:

NINE COURTNo 9, Jalan 22/3846300 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Write To Us @ RWC:

justright@richardweechambers.com

Give us a call @ RWC :

+603-7890 4118

Whatsapp Us:

+6016-275 0025
Subscribe to our Newsletter @ RWC
Always Get Our Latest News & Events Newsletter!

Some description text for this item